Monday 13 April 2015

Lelaki Myanmar dipenjara rogol kanak-kanak 3 tahun

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini bagi kesalahan merogol kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, Oktober tahun lepas.

Hakim Unaizah Mohd menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhamad Ismail Muhamad Hakim, 23, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 9 April lepas.

Pekerja kilang itu dituduh merogol anak perempuan rakan serumahnya di sebuah rumah di Ampang, di sini pada 1 tengah hari pada 26 Oktober tahun lepas mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan.

Semasa merayu hukuman ringan, peguam mewakili tertuduh, Fadlyzil Ikram Norzailan Shah meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya perlu menanggung keluarganya di Myanmar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment