Monday 13 April 2015

Johan Aziz: Datang jumpa saya

Johan Aziz

SELAMA 22 tahun bersama Zamani dalam menguruskan kerjaya seni bintang itu, Johan meluahkan rasa kecewa di atas tindakan yang telah dilakukan oleh abang dan peguam Zamani.

Menurutnya, sepanjang bersama Zamani, dia tidak pernah berdepan dengan isu seumpama ini sehingga boleh mengaibkan dirinya serta keluarga.

"Perkara ini boleh diselesaikan secara baik, tidak perlu dihebohkan dengan mengadakan sidang media dan sebagainya.

"Saya bersedia untuk jumpa mereka bila-bila masa sahaja dan berbincang mengenai perkara ini.

Ianya amat memalukan dan boleh mengaibkan kedua-dua pihak.

"Saya dengan Zamani sudah lama dan hubungan kami bukan sekadar atas dasar kerja semata-mata.

Saya anggap dia seperti keluarga saya sendiri.

Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi seperti ini," jelasnya lagi. Berkenaan wang Zamani, Johan memberitahu bahawa dia telah memasukkan wang hasil persembahan pentas penyanyi itu ke akaun peribadinya dan Zamani juga mengetahui mengenai perkara itu.

"Zamani mempunyai akaun peribadinya sendiri. Sebab itulah saya mahu berjumpa dengan Zamani kerana hal ini hanya saya dan Zamani sahaja yang tahu.

"Saya bersedia untuk membantu Zamani sekiranya ada apa-apa masalah dan perkara ini telah saya beritahu kepada abangnya ketika berjumpa pada penghujung Januari lalu.

"Namun, saya tidak tahu kenapa mereka enggan berjumpa saya dan hanya menggunakan media sebagai perantaraan," katanya yang bersedia dengan sebarang tindakan undang-undang yang bakal difailkan oleh pihak berkenaan.

Jelas Johan, dia berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah dan sebolehnya tidak mahu memanjangkan perkara ini.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment