Saturday 11 April 2015

Koordinat panggilan telefon terakhir dikesan

Koordinat panggilan telefon terakhir dikesan

KUALA LUMPUR - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan koordinat panggilan telefon terakhir dibuat pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh yang dilaporkan hilang semasa merentasi laluan Pokhara-Mustang di barat Nepal pada Ahad lepas.

Kaunselor/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata panggilan telefon yang dibuat Lee pada lewat tengah hari Ahad akan membolehkan kawasan pencarian diperkecilkan dalam operasi SAR hari ini.

"Kami amat positif dan menaruh harapan tinggi berikutan semua pasukan mencari yang terlibat sedang meneruskan usaha mencari pagi ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi dari sini, hari ini.


Pasukan 15 anggota polis Nepal mengetuai operasi SAR untuk mengesan Lee, dengan bantuan penduduk kampung dan tiga ekor anjing pengesan sejak semalam.

Lee, 47, menyertai lapan kenalan dari Filipina untuk mendaki gunung Annapurna di Nepal.

Anggota kumpulan hanya menyedari kehilangan Lee di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad lepas, hari pertama pendakian mereka.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment