Saturday 11 April 2015

Kanak-kanak 5 tahun maut tertimbus baja


Gambar hiasan

BINTULU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditimbus baja setelah sebuah lori yang membawa muatan itu terbalik selepas terlanggar sebuah rumah di Batu 8, Jalan Bintulu-Miri di sini, hari ini.

Mohd Ashraf Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Bintulu selepas dia ditemukan pasukan Bomba dan Penyelamat Bintulu pada 3.35 petang di rumah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bintulu ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.44 tengah hari mengenai kejadian itu.

"Mangsa dipercayai berada di bawah tangga rumah berkenan apabila lori yang membawa muatan baja itu hilang kawalan kerana mengelak kenderaan lain, lalu terus melanggar rumah berkenaan dan terbalik," katanya.

Beliau berkata, dua wanita berusia lingkungan 45 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun turut cedera dalam insiden itu dan mereka dirawat di Hospital Bintulu.

Jurucakap itu berkata polis sedang memburu pemandu lori berkenaan, yang melarikan diri selepas kejadian itu, untuk siasatan lanjut.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment