Sunday 1 February 2015

Video tebusan dipenggal berkemungkinan besar tulen - Jepun

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga pada sidang media di kediaman rasmi Perdana Menteri, Shinzo Abe di Tokyo hari ini. - Foto Reuters

TOKYO: Kerajaan Jepun hari ini menyatakan 'kemungkinan besar' rakaman video menunjukkan kumpulan militan Negara Islam (IS) memenggal tebusan kedua Jepun adalah tulen.

"Selepas kajian secara teliti, kami percaya 'kemungkinan tinggi' video itu adalah benar," kata jurucakap kerajaan negara itu, Yoshihide Suga dalam satu maklum balas kepada soalan wartawan mengenai kesahihannya.

Apabila ditanya sama ada lelaki dalam video itu adalah wartawan, Kenji Goto, 47, Suga menjawab: "Kami fikir begitu". 

- Sumber: AFP melalui Berita Harian 

No comments:

Post a Comment