Wednesday 11 February 2015

Siapa sebenarnya hartawan Jho Low?

Hartawan Jho Low bersama artis Hollywood, Alicia Keys di satu acara di luar negara. - Sumber Foto Facebook Jho Low. Jho Low dikatakan terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah di bangunan The Warner Center yang bernilai RM117 juta di tengah-tengah bandar New York.


Awal minggu ini, The New York Times (NYT)telahmengeluarkan satu artikel yang bertajuk 'Jho Low, Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New York' mengenai seorang ahli kewangan muda yang berasal dari Malaysia. Artikel mengenai Jho Low atau nama sebenarnya Taek Jho Low di NYT turut mengeluarkan artikel berbahasa Melayu.

Persoalannya sekarang adalah siapa Jho Low dan kenapa namanya disebut-sebut di media antarabangsa termuka itu?

Taek Jho Low

Jho Low membesar di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan elit diHarrow School, England dan melanjutkan pelajarannya di Wharton School of the University of Pennsylvania di Amerika Syarikat.

Jho Low kini berusia 33 tahun. Berdasarkan laporan NYT tersebut, Jho Low mula mendapat perhatian umum semasa beliau dalam usia 20-an di mana beliau menghabiskan ribuan US dollar bersama rakan-rakannya di kelab malam sekitar Manhattan.

Dari situ, dalam laporan tersebut timbul spekulasi tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang.

Kenapa Jho Low menarik perhatian The New York Times?

Secara ringkas, Jho Low membuat beberapa pembelian hartanah yang bernilai berjuta US Dollar di AS dan New York Times sedang membuat satu siri projek siasatan mengenai mereka yang membuat pembelian kediaman mewah dengan ‘duit tersembunyi’. 

Jhow Low antara yang terlibat dalam siasatan ini.

Projeksiasatan The New York Times

NYT turut mengadakan sebuah siri projeksiasatan global unit kondo mewah didalam bangunan The Warner Center untuk meneliti aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat.

Walaupun sebahagian besar wang asing ini datang dari sumber yang sah, NYTmendapati beberapa warga asing yang memiliki unit kondo itu menjadi subjek dalam beberapa penyiasatan kerajaan.

NYT turut mendapati pembelian secara rahsia telah dilakukan oleh lebih setengah daripada pembeli-pembeli unit kediaman mewah dengan menggunakan tabung amanah atau jenis syarikat lain.

Mereka yang membeli secara rahsia ini tidak memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri.

Jho Low dikatakan terlibat dengan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian sebuah unit kondo mewah di bangunan The Warner Center yang bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York.

Jho Low juga telah membantu syarikatperfileman Riza yang telah menerbit The Wolf of Wall Street yang diterbitkan pada 2013 dan Dumb and Dumber To (2014).

Berdasarkan laporan NYT, sebelum ini Jho Low mula menolong beberapa kumpulan keluarga mewah seperti anak keturuan diraja negara Timur Tengah untuk mendapatkan duit mereka semula ketika dia masih berada di kolej.

Riza Aziz didakwa turut terlibat dalam kumpulan ini, lapor NYT. Jho Low kemudiannya mendakwa tindakannya itu sebagai satu tindakan sebagai seorang pelabur.

Pada masa yang sama, Riza juga berkata dirinya kaya secara peribadinya, lapor NYT.

Siasatan lanjut turut mendapati Jho Low telah membeli sebuah penthouse di Time Warner Center yang bernilai RM 109 jutadengan menggunakan syarikat rahsiapada 2011. 

Dalam siri siasatan NYT itu turut memaparkan artikel mengenai ahli-ahli politik di Mexico dan ahli perniagaan kontroversi India. 

- Sumber: Agensi | melalui Astro Awani 

No comments:

Post a Comment