Wednesday 11 February 2015

Nikon D810A khas buat peminat astrofotografi

Nikon D810A khas buat peminat astrofotografi. Gambar - Nikon Malaysia.

Berita baik buat mereka yang gemar mengambil gambar bintang dan bulan di langit apabila Nikon mengumumkan sebuah kamera DSLR khas bagi tujuan itu.

Nikon D810A yang dibina khas untuk astrofotografi menggunakan penderia bingkai penuh 36.3 megapixel.

Berbanding dengan model D810 yang dikeluarkan sebelum ini, penapis infra merah bagi D810A dikurangkan untuk membolehkan gelombang hidrogen alpha dicerap dengan lebih berkesan.

Ini bermakna D810A mampu menyerap cahaya merah yang dipancarkan objek di angkasa termasuk bulan, planet dan buruj.

Kombinasi dengan penderia CMOS 36.3 megapixel juga membolehkan imej galaksi dihasilkan dengan lebih terperinci.

Kelebihan lain pada D810A ialah ia mempunyai mod manual pembukaan pengatup yang lebih lama di antara 4 hingga 900 saat.

Walaupun mempunyai ISO yang lebih rendah berbanding D810, keluaran terbaru D810A dioptimumkan untuk sensitif pada keadaan cahaya yang rendah. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment