Tuesday 24 February 2015

Rekaan futuristik SUV Mitsubishi

Konsep Mitsubishi GC-PHEV

RUANG dalaman yang luas.


Gaya berani dan futuristik itulah yang dihujahkan dalam model konsep crossover, Mitsubishi GC-PHEV yang dipertontonkan Pameran Auto Chicago pada minggu lalu.

Sekilas pandang, ia direka dengan saiz kenderaan utiliti sukan yang besar dengan menerima ciri Teknologi Mitsubishi terkini sebelum ia dilancarkan tidak lama lagi.

Ia menerapkan teknologi terbaru yang dibangunkan dengan menerapkan Jadual Taktikal membabitkan sistem maklumat inovatif apabila teknologi kereta berhubung dengan semua penumpang dalam kenderaan berkenaan.

Ini bermakna, apabila pemandu atau penumpang meletakkan telefon pintar di atas Jadual Taktikal, mereka boleh mengumpul, menukar dan berkongsi maklumat dengan orang lain menggunakan sistem komunikasi Gagasan GC-PHEV.

Ciri tambahan Gagasan GC-PHEV termasuk sistem keselamatan canggih seperti Teknologi Sambungan Kereta Mitsubishi Motors, Brek Automatik Pelanggaran Pejalan Kaki, Amaran Titik Buta Belakang dan Monitor Pemandu.

Selain bentuk berani dan maskulin, ia menggunakan rangkaian kuasa mengagumkan iaitu enjin V6 dengan gabungan motor elektrik ‘plugin hibrid’.

Kuasa enjinnya boleh mencecah sehingga 335 hp dengan padanan kotak gear lapan kelajuan automatik.

Malah, ia didatangkan dengan generasi teknologi terbaru Kawalan Super Semua Pacuan Roda (S-AWC) sepenuh masa untuk memberi pengendalian terbaik dan lebih cekap.


- Sumber: Harian Metro | 22 Februari 2015

No comments:

Post a Comment