Tuesday 24 February 2015

Mayat lelaki ditanam di Hutan Simpan Tasik Pedu

KUALA NERANG - Mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identiti ditemui ditanam di kawasan Hutan Simpan Tasik Pedu di Charuk Temingat dekat sini, semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya berkata, polis menerima maklumat pada 7 malam daripada sekumpulan pencari madu yang menemui kawasan tanah yang baru dikorek dan ditimbus semula.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata polis menggali di kawasan tersebut dan menemui tangan manusia dan menunggu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah untuk siasatan lanjut pada hari ini.

"Pagi ini unit forensik telah melakukan kerja-kerja menggali lubang tersebut bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan mayat tersebut dan punca kematian mangsa," katanya. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment