Sunday 8 February 2015

Polis yakin dapat berkas Nuar Ayam

Mazlan menyampaikan piala pelatih terbaik keseluruhan kepada Konstabel Adnan Husin.

KOTA BHARU - Polis Kelantan yakin Nuar Ayam yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di Bachok, dapat diberkas tidak lama lagi berdasarkan perkembangan positif maklumat diperoleh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kawalan keselamatan di kawasan sempadan turut dipertingkatkan, selain giat mengadakan operasi memburu suspek.

Menurutnya, polis percaya dengan tertangkapnya Nuar Ayam yang menjadi ketua kumpulan tersebut, dua lagi suspek berusia lingkungan 30-an juga akan diberkas.

“Kami telah mengenalpasti dua lagi suspek yang turut bersama Nuar Ayam dan saya yakin ada pihak yang bersekongkol dengan suspek, mungkin mempunyai kepentingan sendiri.

“Kita mahu orang ramai tampil salurkan maklumat. Kami akan cari Nuar Ayam sehingga berjaya dan perhalusi lagi siasatan bagi mengelak salah tangkapan,” katanya kepada media, semalam.

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Kontinjen Kelantan Siri 1/2014 di Dataran Kawad Batalion 8 Briged, Pengkalan Chepa, semalam.

Dalam perkembangan lain, pihaknya menyasarkan 500 pengambilan baharu sesi kedua Sukarelawan Polis melibatkan pangkat pegawai dan anggota biasa.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment