Sunday 8 February 2015

'Mereka mahu saya mati. Maaf, saya masih hidup', kata Kit Siang

Veteran DAP tersebut hari ini dari jam 2 hingga 6 petang kelihatan sihat sewaktu menjadi panel dalam forum Tunku dan Pak Samad: Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan di sebuah hotel di ibu negara.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang melalui akaun Twitternya hari ini menafikan berita palsu yang mengatakan bahawa beliau telah meninggal dunia akibat sakit jantung.

“Mereka mahu saya mati. Maaf, masih hidup,” ujar beliau dalam saluran media sosial itu yang turut melampirkan bersama sebuah laporan palsu tentang kematiannya daripada akaun media parodi ‘Sinar Hairan’.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Kit Siang telah meninggal dunia pada jam 2.45 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), malah turut memberitahu khabar itu disahkan sendiri oleh anak Kit Siang iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Veteran DAP tersebut hari ini dari jam 2 hingga 6 petang kelihatan sihat sewaktu menjadi panel dalam forum ‘Tunku dan Pak Samad: Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan’ di sebuah hotel di ibu negara.

Tweet beliau tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya – ada yang menganggap perkara itu tidak bertanggungjawab, manakala ada pula yang melihatnya dari sudut humor.

Walau bagaimanapun, ramai pihak yang menyatakan rasa lega mereka selepas mengetahui bahawa berita kematian itu tidak benar. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment