Monday 16 February 2015

Perdana Menteri Singapura dilaporkan menghidap kanser prostat

Hsien Loong yang bakal menginjak usia 63 tahun pada 10 Februari ini akan diberi cuti sakit selama seminggu. - Gambar Fail

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah disahkan menghidap kanser prostat namun penyakitnya itu dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan, kata kementeriannya pada Ahad.

“Hsien Loong telah didiagnosis mengalami kanser prostat dan akan menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar prostat pada 16 Februari ini," kata satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.

Kata kenyataan itu lagi, Hsien Loong yang menginjak usia 63 tahun pada 10 Februari lepas akan diberi cuti sakit selama seminggu di mana Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean akan bertindak sebagai pemangku Perdana Menteri.

Pada bulan lepas, Hsien Loong, yang juga anak kepada pengasas Singapura, Lee Kuan Yew itu, telah menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI) prostat yang menunjukkan luka-luka yang mencurigakan.

“Satu biopsi berikutnya mendapati bahawa satu daripada 38 sampel mengandungi sel kanser," tambah kenyataan itu. 

- Sumber: AFP via Astro Awani 

No comments:

Post a Comment