Monday 16 February 2015

Penjenayah kantoi selepas bermalam di motel

Zamri (kanan) menunjukkan pistol yang dirampas

ALOR SETAR - Tindakan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat jenayah curi kereta dan kekerasan bermalam di sebuah motel dekat Kulim pada 14 Februari lalu membawa padah apabila berjaya dikesan polis.

Serbuan kira-kira jam 12.10 malam itu membolehkan polis menahan tujuh lelaki berusia 26 hingga 55 tahun dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan awal mendapati tiga daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi dikehendaki polis di Selangor kerana terlibat kes pecah rumah.

“Bertindak atas makluman orang awam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan D9 JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah membuat serbuan di motel itu. 

“Kita menemui dan merampas dua pistol semi-auto beserta kelopak berisi peluru, lebih 40 peluru pelbagai jenis, topeng muka, sebilah pisau, tukul, resit pajak gadai dan nombor pendaftaran kereta disyaki palsu,” katanya kepada media di IPK Kedah, semalam.

Beliau berkata, lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia itu direman sehingga 20 Februari ini untuk siasatan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment