Friday 13 February 2015

Kediaman rasmi MB tidak selamat

Zambry Abd Kadir

IPOH – Tapak baharu diperlukan bagi membina kediaman rasmi menteri besar memandangkan kawasan sedia ada seluas hampir 5.6 hektar yang terletak di tengah pusat bandar, tidak lagi selamat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, cadangan dikemukakan beberapa pihak itu didorong pembangunan pesat di sekeliling kawasan kediaman sekarang yang terletak di Jalan Raja DiHilir menimbulkan beberapa isu termasuk melibatkan aspek keselamatan.

“Kita telah menerima pendapat dan cadangan pelbagai pihak yang bersetuju kedudukan sekarang tidak lagi sesuai.

“Pandangan daripada pihak keselamatan dan pembangkang juga diambil kira, namun ia masih perlu diteliti supaya tidak membebankan kewangan kerajaan negeri.

"Apa yang penting cadangan perpindahan ini bukan untuk saya, tetapi untuk menteri besar di masa hadapan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenainya Zambry berkata, kerajaan negeri masih dalam peringkat perbincangan senarai beberapa lokasi dikenal pasti sebelum ini, termasuk di Meru.

Katanya, untuk tujuan itu, kerajaan akan melihat semua faktor berkaitan termasuk aspek keselamatan bagi memastikan lokasi yang dipilih benar-benar sesuai.

“Jika perlu, kita juga sedang memikirkan untuk membuat penukaran tanah tapak kediaman rasmi sekarang sebagai satu cara menampung kos pembiayaan pembangunan kediaman baharu, kelak,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment