Friday 13 February 2015

3 sekeluarga maut selepas pulang ziarah Nik Aziz


Keadaan MPV yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan Hilux di Kampung Telong petang tadi.

BACHOK – Tiga sekeluarga iaitu bapa, ibu dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan maut dalam kemalangan yang berlaku di jalan Telong- Tok Bali kira- kira jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka yang maut itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza baru sahaja pulang dari menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Pemandu Alza, Roslan Mamat,34, dan bayinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, isterinya, Mimey Suhartini meninggal dunia di hospital.

“Kereta yang dinaiki mangsa bersama empat lagi ahli keluarga lain dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Hilux dari arah Tok Bali,” katanya.

Keluarga ini dikatakan dari Bukit Payung tiba di Kelantan jam 5 pagi tadi untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz.

Manakala, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 2.34 petang dan bergegas ke lokasi kejadian seminit kemudian.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment