Sunday, 4 January 2015

QZ8501: Identiti tiga lagi jasad dikenalpasti

Daripada 162 mangsa, 31 jasad telah dijumpai dan 9 telah dikenalpasti.

SURABAYA: Tiga lagi jasad sudah dikenalpasti hari ini, menjadikan angka keseluruhan kepada sembilan mangsa nahas AirAsia QZ8501 yang telah dikenalpasti.

Mereka adalah pramugara AirAsia Wismoyo Ari Prambudi (24 tahun, lelaki, warga Indonesia), Jie Stevie Gunawan (10 tahun, perempuan, warga Indonesia) dan Juanita Limantara (30 tahun, perempuan, warga Indonesia).

Ahli keluarga jasad yang telah dikenalpasti memenuhi perkarangan Unit Forensik Hospital Bhayangkara, Surabaya.

Daripada 162 mangsa, 31 jasad telah dijumpai, 9 telah dikenalpasti. 

- Sumber: Astro Awani | Januari 4, 2015

No comments:

Post a comment