Sunday 4 January 2015

Cuaca 'faktor pencetus' tragedi pesawat AirAsia

Cuaca ialah "faktor pencetus" kepada nahas Penerbangan AirAsia QZ8501 di Laut Jawa minggu lalu, menurut agensi meteorologi Indonesia.

JAKARTA: Cuaca ialah "factor pencetus" kepada tragedi Penerbangan AirAsia QZ8501 minggu lalu, di mana ais mungkin menjadi penyebab kerosakan enjin, menurut agensi meteorologi Indonesia.

"Berdasarkan data yang diterima di lokasi akhir pesawat dikesan, cuaca merupakan faktor yang mencetuskan kemalangan tersebut," menurut laporan agensi tersebut.

"Pengaisan pesawat berkemungkinan menjadi fenomena cuaca yang menyebabkan kerosakan enjin akibat proses penyejukan.

“Ini antara kemungkinan yang berlaku berdasarkan analisis data kaji cuaca sedia ada," menurut laporan itu lagi.

Laporan awal di laman web agensi meteorologi Indonesia, BMKG, berkata cuaca pada ketika pesawat kali terakhir dikesan menunjukkan ia berkemungkinan terbang ke dalam awan ribut.

Juruterbang penerbangan QZ8501 dilapor telah meminta kebenaran untuk terbang pada ketinggian lebih tinggi bagi mengelak ribut, tetapi permintaan tidak diluluskan kerana ada pesawat lain di atasnya, menurut kawalan trafik udara Indonesia, AirNav.

Dalam komunikasi terakhir, Kapten Iriyanto, seorang bekas juruterbang tentera udara berpengalaman, berkata dia mahu menukar laluan untuk mengelak ribut. Namun, komunikasi dengan menara kawalan terputus sejurus kemudian.

Pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia itu dilaporkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad, 28 Disember.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan. 

- Sumber: AFP 

No comments:

Post a Comment