Sunday 4 January 2015

Pelancong Jepun dirogol

- Gambar Hiasan


PATNA - INDIA. Seorang pelancong Jepun dijadikan tebusan selama hampir tiga minggu dan dirogol oleh penculiknya di Bodha Gaya, India, menurut pegawai semalam.

Mangsa berusia 22 tahun berjaya melarikan diri selepas penculik terbabit membawanya ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Susulan itu, polis menahan dua suspek iaitu Sajid Khan, 32 dan adik lelakinya, Jawed Khan, 25.

Kedua-duanya merupakan pemandu pelancong di kawasan tersebut.

"Mangsa berjaya melarikan diri sebelum bertembung dengan pelancong lain dari Jepun. Mereka membawa mangsa membuat aduan di kedutaan Jepun di Kolkata.

"Selepas menerima laporan, kami menahan dua pemandu pelancong yang juga pasangan adik beradik di Gaya," kata Alok Kumar Singh, semalam.

Difahamkan, mangsa seorang pelajar universiti dan mendaftar masuk di sebuah hotel di Gaya, November lalu - AFP

No comments:

Post a Comment