Wednesday 13 August 2014

Jaclyn Victor kini isteri kepada Shawn Rivera

Jaclyn memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinannya di atas permintaan ibunya. - Sumber Facebook

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Jaclyn Victor sudah berkahwin dengan penyanyi dari Puerto Rico, Shawn Rivera di dalam sebuah majlis tertutup di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai.

Rivera, 43 adalah merupakan salah seorang ahli kumpulan R&B terkenal, Az Yet selain penulis lagu dan juga komposer.

Jaclyn membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media memperkenalkan suaminya itu pada petang Selasa di Istana Budaya.

Jaclyn memberitahu, kali pertama mereka bertemu adalah di Malaysia pada bulan Januari dan mengakui itu merupakan 'cinta pandang pertamanya'.

“Kami bertemu di Malaysia iaitu pada bulan Januari tahun ini, ketika Shawn turun ke Malaysia untuk merakam lagu Magical Moments, runut bunyi bagi filem Ribbit” jelas Jac kepada rakan media.

Kemudian, percintaan jarak jauh mereka diteruskan semenjak pertemuan itu.


Anggota Az Yet Terdiri Daripada (dari Kiri) Shawn Rivera, Claude Thomas, Kenny Terry Dan Dion Allen. - Sumber Facebook

Jaclyn yang lebih mesra disapa Jac, 36 berkata majlis perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 35 ahli keluarga dan rakan rapat sahaja.
Jac turut berkata, dia memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinannya di atas permintaan ibunya.

Juara Malaysian Idol 2004 itu baru sahaja lahir dengan album terbaru berjudul Unleashed yang akan berada di pasaran pada September ini.

Baru-baru ini, Jac ke Hollywood bagi memperkenalkan salah satu single dari album tersebut, Remedy. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment