Wednesday 13 August 2014

Robin Williams mati gantung diri dengan tali pinggang

Robin dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada Ahad malam. - Gambar Fail

SAN RAFAEL: Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Robbin Williams dipercayai menggantung dirinya menggunakan tali pinggang.

Menurut Sherif Marin County, Leftenan Keith Boyd, dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada Ahad malam di rumah mereka di San Francisco.

Dengan siasatan masih dijalankan, Boyd berkata, semua bukti menunjukkan pelakon Mrs Doubtfire itu telah membunuh diri.

"Nyawanya berakhir akibat asfiksia susulan cubaan membunuh diri," katanya kepada pemberita.

Isteri Williams yang keluar dari rumah pada ketika itu menyangka suaminya itu masih tidur.

Tidak lama selepas itu, pembantu peribadi Williams tiba di rumahnya dan menjadi risau apabila Williams tidak membuka pintu setelah diketuk berkali-kali.

Pembantu peribadi Williams menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus memanggil polis.

Namun, keputusan akhir akan dibuat sebaik laporan toksikologi selesai selain soal siasat bersama beberapa saksi.

Keadaan badan Williams semasa ditemui menunjukkan bahawa dia telah mati untuk beberapa jam awal namun pihak berkuasa enggan mendedahkan sama ada pelakon itu meninggalkan nota bunuh diri atau tidak.

Nama Williams melonjak naik sebagai salah satu penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, selepas muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy".

Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam" pada tahun 1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Veitnam, "Dead Poets Society" (1989) sebagai guru bahasa Inggeris yang eksentrik, dan "Good Will Hunting" (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Oscar. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment