Tuesday 25 March 2014

17 Hari: Di Situ Akhirnya MH370



MIRI: Puisi ini dikirimkan oleh pengguna Facebook Chin Jun Kui Shiniteruyo di Facebook Astro AWANI. Bertajuk 17 Hari : Di Situ Akhirnya MH370, puisi ini dinukil oleh kakitangan Green Summit Corporation Sdn Bhd, Miri, Srawak.

Kami di Astro AWANI berkongsi kesedihan dengan seluruh rakyat Malaysia, berkongsi puisi ini bersama anda.

17 hari
Di situ akhirnya MH370
Selatan Lautan Hindi
Kedalamannya tiada terkata

Doa......
Yang tak pernah putus
Akhirnya membawa pertunjuk
Walaupun jawapan kepada persoalan
Masih lagi dicari

Kecurigaan dan kerisauan kita itu
Akhirnya inilah jawapannya
Walau tiada apa lagi sandaran
Namun biarlah kesedihan ini
Kita selami dan tanggung bersama

Iringan doa
Akan selamanya bersama
Wira wirawatiku MH370
Perjalanan berakhir di tengah lautan
Episod sedih mengusik jiwa
Suratan takdir penentu segalanya
Moga akan damai kalian di sana

Anda boleh berkongsi ucapan takziah anda menerusi ruangan komen yang disediakan di Laman Utama, Astro AWANI. Pengguna Twitter dan Facebook, sertakan hashtag #MengenangMH370 atau #RememberingMH370

Sumber: ASTRO Awani 

2 comments:

  1. tiada kata-kata yang mampu di ungkapkan bila pesawat mh370 berakhir di lautan hindi,kepada keluarga mangsa pesawat mh 370 semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan,ingatlah segala kesedihan dan keperitan yang kamu rasa kami turut merasainya malah seluruh dunia turut berduka, walaupun kita berbeza bangsa dan agama namun hanya doa saja yang mampu kami hulurkan semoga Allah terus menyatukan hati kita semua untuk mengharungi dugaan dariNYA.Al.FATIHAH

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya mendapat kekuatan dari yang ilahi

    ReplyDelete