Monday 17 March 2014

"All right, good night" diucap Fariq, kata Jauhari


KUALA LUMPUR: Komunikasi terakhir "All right, good night" daripada pesawat MH370 yang hilang dan masih belum ditemui sejak 8 Mac lalu dibuat oleh Pembantu juruterbang pesawat tersebut, Fariq Ab Hamid, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Ahmad Jauhari berkata komunikasi terakhir Fariq itu diucapkan kepada menara kawalan dan ianya dibuat kira-kira jam 1.19 pagi Sabtu.

"Siasatan awal mengesahkan suara berkenaan adalah suara Fariq. Ucapan tersebut direkodkan pada pukul 1.19 pagi," katanya ketika sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Ahmad Jauhari juga menolak kemungkinan bahawa komunikasi terakhir daripada pesawat MH370 itu merupakan suara individu lain.

Dalam sidang media itu, Ahmad Jauhari juga menjelaskan, pihak penyiasatan tidak mempunyai sebarang bukti bahawa wujudnya panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas daripada pesawat sebaik sahaja Boeing 777-200ER terputus hubungan dengan menara kawalan.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment