Sunday 9 March 2014

Tiada bukti kukuh mengenai ancaman pengganas - Najib



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia Boeing 777 MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu.

Meskipun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan akan mengambil kira sebarang kemungkinan yang memberikan petunjuk kepada jalan penyelesaian insiden tersebut.

"Sekarang tidak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan untuk siasat sebelum buat sesuatu kesimpulan yang konklusif," kata Najib.

Najib turut berkata akan menyemak semula protokol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi meningkatkan keselamatan lapangan terbang itu.

"Kita akan semak segala protokol jika perlu kita akan tingkatkan lagi. Ini kerana kita tidak tahu punca sebenar dan apa sebenarnya yang berlaku," kata Najib pada sidang media selepas majlis perasmian Program Penyatuan Nasional di Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan yang mengaitkan insiden pemalsuan dua pasport oleh dua penumpang pesawat MH370 dengan kegiatan pengganas.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment