Monday 24 February 2014

Mayat warga emas ditemui dalam kumbahan najis babi

BALIK PULAU - Mayat wanita warga emas ditemui dalam kumbahan najis babi di Pantai Acheh, Sungai Pinang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan Lai Fah Hin berkata siasatan lanjut mendapati identiti mayat berkenaan sepadan dengan Chang Ah Pooi, 79, yang dilapor hilang, 17 Februari lepas.

"Wanita yang dilapor hilang itu tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian dan ketika ditemui mayatnya dalam keadaan reput dan badannya terputus dua dipercayai dimakan biawak," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mayat Chang ditemui orang awam pukul 1.20 tengah hari. 

Katanya siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemukan selipar dan seluar milik mangsa serta kesan tergelincir di permukaan tanah berdekatan kumbahan itu.

Fah Hin berkata menurut anak perempuan mangsa, ibunya menghidap penyakit nyanyuk serta masalah penglihatan dan beberapa kali hilang dari rumah mereka selepas merayau di sekitar kawasan Pantai Acheh, namun biasanya dia ditemui semula. 

Katanya kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment