Monday 22 December 2014

Priyanka Chopra kagumi Kajol

Priyanka Chopra


AKTRES berbakat besar Priyanka Chopra berkata, dia sangat kagum dengan filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).

Jelasnya, meskipun tidak pernah berlakon bersama Kajol, tetapi DDLJ adalah filem yang membuatkan dia ingin menjadi seperti bintang hebat itu.

"Ketika itu saya baru sahaja berusia 13 tahun, bayangkan selepas menontonnya, saya terus menggunting rambut saya seperti Kajol.

"Malah, sehingga hari ini filem tersebut masih menjadi filem paling hebat pernah saya tonton dan terus menjadi kegemaran saya sehingga hari ini," katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment