Monday 22 December 2014

Mayat wanita bogel ditemui berhampiran Pasar Borong Selayang

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu warga tempatan yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan seorang wanita Vietnam yang ditemui di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel dengan tangan dan kakinya terikat malam tadi berhampiran Pasar Borong Selayang.

Berdasar siasatan awal polis, lelaki yang dikenali Tan Kok Keong yang berusia 38 tahun dari Temerloh yang berdaftar di bilik hotel terbabit pada malam Sabtu lalu dan mangsa disyaki datang menemui suspek di bilik berkenaan 3 jam selepas mendaftar.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel di dalam bilik air oleh pekerja hotel kira-kira jam 7 malam.

Pemeriksaan forensik mendapati mangsa mati lebih 12 jam ketika ditemui.

Bagaimanapun punca kematian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mangsa dikenali sebagai Tran Thi Thuy berusia 30 tahun juga dikatakan pernah mendaftar di hotel berkenaan 3 hari lepas.

Mayat dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy mengesahkan kejadian tersebut dan meminta orang ramai yang mengenali suspek tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment