Saturday 18 October 2014

Pelancong asing maut jatuh gaung di Telaga Tujuh

Pelancong asing maut jatuh gaung di Telaga Tujuh

LANGKAWI: Seorang pelancong lelaki yang dipercayai berbangsa Jerman maut setelah jatuh gaung di kawasan pelancongan terkenal, Telaga Tujuh di Pulau Langkawi petang tadi.

Menurut Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPGB), Yaakob Hassan memberitahu pihak bomba Langkawi telah menerima panggilan dari orang ramai mengenai kejadian tersebut pada jam 3.15 petang tadi.

Sekitar pada jam 3.50 petang, dua buah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Pajero dengan kesemua anggota sejumlah 9 orang yang diketuai oleh PKPGB Yaakob Hassan telah sampai ke lokasi kejadian dan membawa keluar mangsa tersebut.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besar Langkawi untuk tindakan lanjut.

Namun sehingga kini nama penuh mangsa masih belum diketahui dan siasatan pihak polis masih lagi dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Sehubungan itu, Yaakob Hassan meminta agar pengunjung-pengunjung ke kawasan berbukit Telaga Tujuh agar lebih berhati-hati terutama musim hujan kerana laluan berbatu akan menjadi licin.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment