Saturday 18 October 2014

Kerana penggera perompak gagal rompak mesin ATM di Permaijaya

POLIS: Tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000. - Gambar Hiasan

MIRI: Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Permaijaya hari ini.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi.

"Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000," katanya hari ini.

Beliau berkata ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan mesin tersebut.

Beliau berkata semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan.

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment