Thursday 18 September 2014

Legoland Malaysia labur lebih RM6 juta untuk model Star Wars


Paparan model Lego Star Wars Miniland itu dilancarkan semasa sambutan ulang tahun kedua Legoland Malaysia.

KUALA LUMPUR: Legoland Malaysia Resort melabur lebih RM6 juta untuk daya tarikan terbaharunya, paparan model 'Lego Star Wars Miniland', pembangunan terbesar di Legoland Malaysia tahun ini.

Ini merupakan tarikan pertama seumpamanya di Asia dan paparan model Lego terkini dibuka di Legoland di seluruh dunia.

"Sebagai projek pemangkin di Iskandar, Legoland Malaysia terus berusaha untuk meningkatkan nilai pelancongan yang lebih kukuh bagi menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa," kata Pengurus Besar Legoland Malaysia, Mark Germyn dalam satu kenyataan hari ini.

Paparan model Lego Star Wars Miniland itu dilancarkan semasa sambutan ulang tahun kedua Legoland Malaysia pada 15 Sept, 2014.

Paparan Lego Star Wars Miniland itu ditempatkan di sebuah bangunan berbentuk oktagon yang memaparkan tujuh babak daripada enam filem Star Wars dan siri animasi, The Clone Wars, mempunyai lebih daripada 2,000 model LEGO yang dibina pada skala 1:20 dengan menggunakan 1.5 juta blok Lego.

Sementara itu, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Dr Ong Hong Peng berkata Legoland Malaysia sentiasa komited dalam menyokong Inisiatif Pelancongan Bidang Ekonomi Utama Negara dan merupakan agen perubahan di bawah teras strategik kegembiraan keluarga.

"Sejak dibuka dua tahun lalu, Legoland Malaysia telah menyumbang secara signifikan kepada kepada kedudukan Johor Bahru sebagai destinasi pelancongan," katanya pada pelancaran paparan model itu.

-- Bernama

No comments:

Post a Comment