Friday 5 September 2014

Scha dedah wajah Lara Alana di media sosial

Scha dedah wajah Lara Alana di media sosial

KUALA LUMPUR: Scha Alyahya, isteri kepada personaliti popular Awal Ashaari hari ini mendedahkan wajah bayi perempuan mereka, Lara Alana.

Lara Alana kini berusia 2 bulan.

Bayi perempuan itu selamat dilahirkanpada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Awal pernah membuat kenyataan akan hanya mendedahkan wajah anak mereka menerusi media sosial untuk berlaku adil dengan semua pihak media.

Sewaktu Lara dilahirkan, Awal turut berkongsi perasaannya pada ketika itu.


“Tidak dapat saya lupakan ketika baby memandang mata saya sewaktu saya mahu azan dan iqamatkan dia, waktu itu bagaikan momen dahsyat.

Saya menangis dan berkata ‘ini anak saya’, "I'm now a father" cerita Awal ketika dihubungi Astro AWANI sebelum ini.

Scha Alyahya dan Awal Ashaari bernikah pada Mei 2012.

-- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment