Friday 5 September 2014

Safwan Anang didapati salah menghasut

Safwan Anang didapati salah menghasut

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen memutuskan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24 tahun, bersalah atas tuduhan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei tahun lepas.

Hakim Norsharidah Awang memutuskan Safwan bersalah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berpuas hati ucapannya itu mengandungi elemen menghasut, lapor portal Malaysiakini.

Safwan dituduh menyampaikan ucapan berbentuk hasutan yang menggalakkan orang ramai menukar kerajaan yang dibentuk berdasarkan undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di alamat Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei tahun lepas.

-- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment