Saturday 27 September 2014

Polis wanita buat laporan gambar separuh bo gel menyerupai diri

GEORGETOWN - Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di Internet dan aplikasi telefon pintar whatsApp.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lepas.

"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu.

Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar. 

--Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment