Friday 22 August 2014

Tuah beli barang hantaran tunang

Omar bergambar bersama Perodua Viva dimenanginya dalam satu majlis penyampaian hadiah pemenang cabutan bertuah Pasaraya Sakan di Kuala Kangsar.
Omar bergambar bersama Perodua Viva dimenanginya dalam satu majlis penyampaian hadiah pemenang cabutan bertuah Pasaraya Sakan di Kuala Kangsar.

Seorang pekerja ladang sawit tidak menyangka barang hantaran untuk pertunangan yang dibelinya membawa tuah apabila dia diumumkan sebagai antara pemenang Perodua Viva.

Omar Nordin, 26, yang bakal melangsungkan perkahwinan Oktober ini memenangi kereta itu dalam program cabutan bertuah anjuran sebuah pasar raya di sini.

“Saya bersyukur sangat dapat kereta ini dan lebih istimewa, kupon yang saya hantar itu kupon membeli barang hantaran tunang Jun lalu.

"Oktober ini saya akan melangsungkan perkahwinan dan kereta ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah perkahwinan saya dan bakal isteri,” katanya.

Menurutnya, dia orang pertama di dalam kampungnya, Felda Tersang, Raub yang memenangi kereta dalam peraduan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pasar raya berkenaan kerana memberikan hadiah yang cukup bermakna ini.

"Harapan saya, pasar raya ini akan terus berkembang dan lebih maju,” katanya. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment