Thursday 21 August 2014

Polis lupus 300kg dadah bernilai RM1.8 juta

Dadah yang dilupuskan itu melibatkan kes yang telah selesai di mahkamah. - Gambar Fail

SEREMBAN: Sebanyak 300 kilogram dadah bernilai kira-kira RM1.8 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lepas, dilupuskan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn Bhd) di Bukit Nenas dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur Datuk Aidi Ismail berkata dadah yang dilupuskan itu melibatkan kes yang telah selesai di mahkamah.

"Hari ini kita melupuskan dadah tradisional dan psikotropik terdiri daripada ganja, heroin, candu dan lain-lain...pihak mahkamah telah meminta kita supaya melakukan proses pelupusan itu.

"Jadi, pada kali ini kita menggunakan fasiliti Pusat Kualiti Alam di sini bagi tujuan pembakaran dengan penggunaan teknologi yang lebih bersih, canggih dan tidak membahayakan," katanya dalam sidang akhbar selepas pelupusan dadah itu di Pusat Kualiti Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Environment Group, Khalid Bahsoon berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi menjayakan proses pelupusan dadah itu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment