Tuesday, 5 August 2014

Pesawat SIA berada hanya beberapa minit dari MH17 apabila ia ditembak jatuh

Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) berada hanya beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) semasa ia ditembak jatuh di Ukraine.

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) berada hanya beberapa minit dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) semasa ia ditembak jatuh di Ukraine.

Menurut laporan AFP yang mengungkap kata-kata Menteri Pengangkutan Singapura, Lui Tuck Yew, pesawat SQ351 yang dalam perjalanan dari Singapura ke Copanhagen, berada hanya 90km dari pesawat MH17.

“Kerana tidak ada sekatan penerbangan di atas 32,000 kaki (9,800m) atau apa-apa maklumat yang menunjukkan ancaman kepada pesawat di ketinggian itu, SIA, seperti banyak syarikat penerbangan lain yang berulang-alik antara Eropah dan Asia, telah terus menggunakan ruang udara itu.

"Sebaik sahaja SIA menerima berita kejadian itu, ia dengan serta-merta tukar haluan kesemua penerbangannya untuk mengelakkan ruang udara Ukraine sepenuhnya," katanya di sidang Parlimen negara itu.

Beberapa jam selepas kejadian itu, Flightradar24 melalui laman Twitternya, menunjukkan bahawa posisi terakhir MH17 adalah diantara SQ351 dan pesawat Air India AI113.

Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, pada Julai 17.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment