Tuesday 5 August 2014

Bakal ditayangkan, Star Wars Rebels dilambung pujian

Karekter Star Wars Rebels terbitan Lucasfilm

7 minit sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa siri animasi Star Wars Rebels yang bakal disiarkan di saluran Disney XD pada Oktober sangat menarik.

Itu yang dikongsi peminat tegar Star Wars dan juga peminat komik dan filem fiksyen selepas menonton pratonton lanjutan Star Wars Rebels di Youtube.

Lucasfilm memuat naik sebahagian daripada episod pertama itu bagi merancakkan lagi promosi siri animasi Star Wars Rebels yang menjadi sebutan ramai selepas ia mula ditayangkan kepada penonton terpilih semasa konvensyen komik, Comic-Con bulan lalu.

Star Wars Rebels adalah kisah yang berlaku di antara episod tiga dan empat filem Star Wars yang mula ditayangkan pada 1977.

Dalam episod pertama seorang pemuda bernama Ezra terserempak dengan sekumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan Empire.

Prebiu ini juga menamatkan spekulasi bahawa Star Wars Rebels akan hadir dalam format muzikal.

Bagaimanapun ada yang mengkritik animasinya yang tidak menarik berbanding dengan animasi Star Wars Clone Wars.

Star Wars Rebels akan disiarkan di saluran Disney pada Oktober tahun ini dengan episod khas selama sejam sebelum disiarkan setiap minggu di saluran Disney XD di seluruh dunia. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment