Friday 25 July 2014

Wanita Myanmar cedera muka, mata disimbah asid

PASIR PUTEH - Seorang wanita warga negara Myanmar mengalami kecederaan di bahagian muka dan kedua-dua belah mata selepas disimbah asid oleh suaminya sendiri dalam satu pergaduhan di sebuah rumah sewa di Jalan Pondok Lama, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.50 petang itu, mangsa Rashida Bibi Ali Hussein, 26, turut diugut suaminya yang berusia 30an supaya menelan cecair berbahaya itu bagi mengelakkan dirinya ditikam suspek dengan sebilah pisau.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perbalahan suami isteri itu berlaku di dalam bilik tidurnya yang turut didengari oleh adik mangsa, Yusoff Ali Hussein, 20, yang kemudiannya membawa kakaknya ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh selepas suspek melarikan diri meninggalkan mangsa yang meraung kesakitan. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment