Friday 25 July 2014

Dua lagi pesawat membawa mayat mangsa pesawat MH17 tiba di Eindhoven

Foto EPA

AMSTERDAM: Dua lagi pesawat membawa mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Eindhoven, Belanda tepat jam 10 malam Khamis waktu Malaysia.

Pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Belanda dan C-17 Globermaster Tentera Udara Diraja Australia telah selamat mendarat di Pangkalan Tentera Eindhoven.

Kesemua mayat itu diberi penghormatan penuh adat ketenteraan.

Selain orang kenamaan, turut hadir waris serta ahli keluarga mangsa MH17, untuk memberi penghormatan yang terakhir.

Kesemua mayat berkenaan, kemudian dibawa secara berkonvoi dari pangkalan tentera Eindhoven ke sebuah kem di Hollandsche Rading untuk ujian forensik.

Kumpulan pertama mayat mangsa MH17, tiba dalam 40 keranda kira-kira jam 3.50 petang waktu tempatan, pada Rabu. - Astro Awani 

No comments:

Post a Comment