Persatuan wanita mengadakan protes sebagai membantah penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Jakarta.
JAKARTA - INDONESIA. Skandal penderaan seksual di sebuah sekolah antarabangsa paling berprestij di Indonesia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak.
Seorang budak lelaki berumur enam tahun didakwa diserang secara seksual oleh tukang cuci di pusat asuhan Sekolah Antarabangsa Jakarta dalam kejadian kedua yang dilaporkan di negara itu lapor AFP.
Susulan daripada kejadian itu, kerajaan mengarahkan sekolah terbabit ditutup selain enam tukang cuci diberkas untuk membantu siasatan.
Awal bulan lalu, seorang anggota keselamatan ditahan selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas beberapa budak di wilayah Aceh.
Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional (KPAI) melaporkan mereka menerima kira-kira 3,000 aduan serangan seksual melibatkan golongan bawah umur pada tahun lalu dan angka tersebut didakwa meningkat dua kali ganda berbanding lima tahun lalu.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment