Wednesday 30 April 2014

Laporan awal kehilangan pesawat dibentang esok, kata Hishammuddin

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. --gambar fail


SEPANG: Laporan awal kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia akan dibentangkan esok.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu bahawa selepas laporan itu dikeluarkan, beliau akan ke Australia bagi membincangkan fasa seterusnya dalam usaha mencari pesawat tersebut.

"Saya rasa untuk adil kepada pihak Australia dan negara-negara yang terlibat dalam kerja-kerja mencari pesawat tersebut, mereka tidak membincangkan mengenai bayaran yang bakal dikenakan untuk tugasan yang diberikan," kata Hishammuddin dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Stesen Express Rail Link (ERL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II (KLIA2) sebentar tadi.

Tambahnya lagi, dalam mencari satu petunjuk positif terutamanya dalam misi mencari yang tertumpu di kawasan laut dalam adalah penting bagi satu kesepakatan antara pihak-pihak yang terlibat dalam misi ini.

"Kita akan mengadakan sidang media MH370 esok jadi segala butiran laporan awal akan kita beritahu esok," katanya lagi.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment