Saturday, 29 March 2014

Poseidon kedua milik Amerika Syarikat dihantar ke Perth


KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata negara berkenaan akan menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu mencari pesawat Penerbangan Malausioa MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, ia berkata bahawa pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini.

"Keadaan cuaca buruk termasuk potensi permukaan berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga," tambah kenyataan itu.

Armada Pasifik AS juga akan menggerakkan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator Hydrophone' dan 'Bluefin-21' ke Perth, sebagai persediaan mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu.

Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment