Datuk Seri Anwar Ibrahim - Gambar Fail
PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan Mei nanti.
Borang pencalonan Anwar diserahkan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pagi ini.
Setakat ini belum ada mana-mana calon menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Presiden PKR.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dijangka tidak akan dicabar untuk jawatan itu.
Jawatan Presiden PKR sebelum ini dipegang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah dipilih sebagai Presiden PKR sejak 1999.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment