Friday 7 February 2014

Syamsul, Puteri Sarah nikah 8 Mac

Syamsul, Puteri Sarah  nikah Mac ini

PENGARAH filem terkenal Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana sepakat memilih 8 Mac 2014 sebagai tarikh untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka di masjid Sri Damansara pada kira-kira jam 10 pagi.

Berita ini disahkan sendiri oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail yang turut mendedahkan satu majlis resepsi serentak untuk Syamsul dan seorang lagi anak lelaki mereka, Syafiq akan dijalankan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 18 April.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night, lapor Media Hiburan.

Sementara itu, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment