Friday 7 February 2014

Lapan kes H1N1 dikesan di Sabah


SABAH: Lapan kes Influenza A(H1N1) dikesan di Sabah sejak Isnin lalu.

Pengarah kesihatan negeri, Dr Christina Rundi mengesahkan tujuh kes melibatkan lima kanak-kanak dan dua orang dewasa dikesan di Wad Melur 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas.

Sementara satu lagi kes di daerah Sandakan.

Saringan telah dilakukan ke atas 31 orang yang terdedah dan sebanyak 10 sampel (NPA RSV) diambil untuk ujian pengesahan.

Dr Christina berkata hasil ujian mendapati tujuh pesakit yang mengalami simptom batuk, demam dan selesema disahkan positif H1N1 namun kesemuanya telah diberi rawatan dan dalam keadaan stabil.

Antara langkah kawalan segera ialah memberikan rawatan antivirus kepada semua pesakit selain menjalankan langkah saringan kepada semua yang terdedah.

Langkah lain ialah mengehadkan kemasukan pelawat ke wad berkenaan serta saringan terhadap petugas hospital.

Bilik gerakan kawalan penyakit diaktifkan di hospital berkenaan pada Selasa lepas bagi membendung penyakit itu daripada merebak.

H1N1yang dilaporkan setiap tahun di Sabah menunjukkan trend penurunan sejak 2010 di mana 944 kes dilaporkan pada 2009 diikuti 145 kes (2010), 26 kes (2011), 15 kes (2012) dan enam kes pada tahun lalu.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment