Friday 7 February 2014

Dasar Automotif Nasional suntik industri EEV negara

KUALA LUMPUR: Apakah yang membezakan antara kereta berenjin petrol, hibrid, atau elektrik?

Kereta berenjin petrol menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Ia bergerak mengikut penukaran kuasa pembakaran dalam enjin.

Enjin petrol merupakan enjin pembakaran dalaman yang berfungsi berasaskan nyalaan api dan direka khusus untuk menggunakan bahan api petrol.

Bagi kereta hibrid, ia tetap menggunakan petrol sebagai bahan api seperti enjin biasa, namun, ia mempunyai sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik dimana terdapat dua enjin digunakan untuk operasi sistem hybrid ini.

Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol, manakala pada waktu tertentu iaitu ketika menggunakan gear rendah, motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk tujuan penjimatan minyak.

Kenderaan hibrid memang menjimatkan dan berbaloi dimiliki bagi mereka yang kerap menempuh laluan sesak di ibu negara.

Bagi kereta elektrik, ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik.

Bateri dicaj semula digunakan untuk memberi pergerakan putaran pada enjin, bagi menggerakkan kenderaan itu.

Berbanding kereta hibrid, bateri kereta elektrik perlu dicaj semula.

Bagi mengetahui lebih mendalam mengenai industri Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) bertaraf dunia, ikuti temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan.




Astro Awani

No comments:

Post a Comment