Wednesday 26 February 2014

Nama mangsa didedah, disembelih dengan dua jenis pisau


SUNGAI BULOH: Susulan kes pembunuhan dua kanak-kanak lelakioleh pembantu rumah di Sungai Buloh.

Polis memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa disembelih dengan dua jenis pisau.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang memberitahu, pisau yang dipercayai menjadi senjata pembunuhan turut ditemui di dalam rumah itu.

Mangsa dikenali sebagai Melvin Selvan Joseph, dua tahun dan Koay Jia Hong, lima tahun. Kedua-dua mangsa mempunyai kesan kelar di leher.

Sementara suspek, yang membunuh diri dikenali dengan nama Agnes. Dia dikatakan berkhidmat dengan keluarga mangsa sejak setahun setengah yang lalu.

Junaidi memberitahu, polis menolak kemungkinan kejadian bermotifkan rompak.

Ini kerana hasil siasatan forensik mendapati tiada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment