Wednesday 26 February 2014

Lelaki ditemui mati dengan kepala dan kaki terikat

Azman Abd Lah


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai warga asing telah ditemui mati dengan keadaan kepala dan kakinya diikat di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak disini hari ini.

Mayatnya yang berbungkus dengan kain cadar telah ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata mayat tersebut ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ianya seperti sudah dikafan , tidak berpakaian dan mulutnya berbuih dan kita percaya dia baru sahaja mati di tempat lain dan mayatnya kemudian diletakkan di situ,”

Tiada sebarang kecederaan mahupun dokumen diri ditemui bersama-sama mangsa dan mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Astro Awani 

Kes disiasat sebagai mati mengejut.

No comments:

Post a Comment