Wednesday 29 January 2014

Yuktes cabar Anwar di Kajang, tidak kisah kalah


KUALA LUMPUR: Bekas peguambela kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Yuktes Vijay yang juga pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Take The Lead, mengesahkan perkara ini melalui laman Facebooknya.

"Ya, saya akan bertanding untuk DUN Kajang...BN tanding ke tak tanding adalah prerogatif BN...Tiada kaitan dengan saya...Memang benar saya sokong BN terutamanya PM..Tak nafi tetapi calonnya Anwar Ibrahim...Bermaksud BN akan kalah..Hakikat..Terima je," katanya dalam laman Facebooknya.

Yuktes yang berusia 25 tahun itu, akan mencabar Anwar di Kajang sebagai calon bebas.

Dalam laman Twitternya, Yuktes berkata beliau tidak kisah sekiranya beliau kalah dan hilang depositnya, kerana beliau yang penting beliau ingin mengurangkan majoriti Anwar.

Yuktes yang merupakan sebahagian anggota pasukan peguambela Anwar selama tiga tahun, sebelum ini berkata beliau mengambil keputusan menarik diri Ogos 2012, selepas menyedari lelaki yang menjadi idolanya itu, bukan seperti diharapkan.

Manifesto Yuktes adalah ‘Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13’.

DUN Kajang sebelum ini diwakili oleh Lee Chin Cheh yang memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,824 dalam pertandingan enam penjuru. 

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment