Wednesday 29 January 2014

Seseorang boleh direman hingga 2 bulan di Sweden


Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. - Foto dipetik daripada Astro Awani


STOCKHOLM - SWEDEN. Tempoh tahanan reman di Sweden tidak ada had tetapi dalam kebanyakan kes tempohnya antara satu hingga dua bulan, kata Hakim Besar Mahkamah Daerah Solna, Mari Heidenborg. 

Beliau menyatakan demikian kepada media Malaysia ketika ditanya tentang kes melibatkan pasangan Malaysia, Shalwati Norshal, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan suaminya, pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin.

Pasangan itu ditahan sejak 18 Disember kerana dikatakan memukul tangan anak-anak mereka kerana tidak mengerjakan solat. 

"Kes itu telah didengar sebelum ini dan akan didengar semula (pada Khamis) untuk sama ada dilanjutkan reman atau dibebaskan dari tahanan reman.

"Pasangan itu seharusnya bebas dari tahanan reman jika pendakwa mendapati tiada sebab untuk berbuat demikian atau mereka akan didakwa," kata beliau. 

Heidenborg berkata ada kemungkinan pasangan itu melakukan lebih banyak kesalahan atau mengganggu siasatan adalah satu daripada sebab mereka ditahan untuk siasatan (reman).

Ditanya sama ada kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini, Heidenborg berkata terdapat beberapa kes dan kebanyakannya membabitkan orang asing.- Bernama

No comments:

Post a Comment