Sunday, 26 January 2014

Sahal Mahfudz meninggal dunia

Mohammad Ahmad Sahal Mahfudz
Mohammad Ahmad Sahal Mahfudz


JAKARTA - INDONESIA . Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang juga Pemimpin Tertinggi pertubuhan Islam terbesar, Nahdlatul Ulama (NU), Mohammad Ahmad Sahal Mahfudz, meninggal dunia pada usia 77 tahun, kelmarin.

Mohammad Ahmad Sahal, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pesantren Maslakul Huda, Desa Kajen, Margoyoso, Pati, Jawa Tengah.

Ulama terkemuka itu sebelum ini dilaporkan pernah menjalani rawatan paru-paru dan jantung di hospital Dr Kariadi, Semarang.

Jenazah beliau di ke bumikan di Tanah Perkuburan Waliyullah Ahmad Mutakkin di Kajen, Pati.

Difahamkan, arwah dilantik sebagai Pengerusi MUI sejak 2000 dan memimpin majlis tersebut lebih 10 tahun di Jawa Tengah, dipetik dari laporan Kompas.

No comments:

Post a comment